tab

Saturday, August 18, 2012

Ramadhan yang pergi, Syawal yang hadir

~Ya Allah...

Jadikanlah Ramadhan yg telah berlalu pergi,


Meninggalkan bersamanya bibit2 IMAN & TAQWA,


yang telah Kau kurniakan kepada kami semua.....


Moga menjadi bekalan kpd kami mengharungi hidup didunia yg penuh fana & noda....




~Ya Allah...


Jadikanlah Syawal yg hadir,


memupuk semagat UKHUWAH & RAHMAH sesama kami,


Menjadi titik bersatunya hati2 kami dalam mentaati suruhan dan ajaranMu,



Meninggalkan segala larangan dan kemurkaanMu...

Moga menjadi pemangkin utk kami terus hidup dibawah naungan Islam...

Yg Kau redhai...Aamiin...Ya Robbal'alamin...

Tuesday, March 20, 2012

Nasihat Ringkas Untuk Menghadapi Keputusan SPM

Assalamualaikum..pembaca-baca semua, terutama yang akan mengambil keputusan SPM esok..
Tentu berdebar-debar rasanya.  Berbagai-bagai perasaan datang menyerbu masuk ke dalam hati kecil mereka.  ’Makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah’, mungkin itu agaknya yang sedang mereka hadapi kini.  Kakak-kakak semua sudah melalui pengalaman itu dan tahu apa yang sedang dilanda oleh adik-adik kita tatkala ingin berhadapan dengan situasi sebegini. Rilek-rilek..

So di sini kami ingin share bagaimana untuk membuat persediaan untuk menghadapi saat-saat mengambil keputusan esok..

SABAR & SYUKUR
Kejutan akibat keputusan SPM ini bukan calang-calang juga kejutannya.  Kerana SPM adalah merupakan tiket besar untuk pelajar-pelajar menyambung pelajaran ke tempat yang lebih tinggi.  Malah, SPM selalu juga dianggap sebagai hitam atau putih masa depan seseorang.  Walaupun agak keterlaluan anggapan itu, tetapi tidak dinafikan terdapat juga kebenaran pada tanggapan itu walaupun mungkin sedikit.  Hakikatnya, usaha yang berterusan, sifat yang positif dan keizinan ALLAH adalah faktor yang utama dan valid dalam menentukan baik atau buruk masa depan seseorang.

Individu yang tidak mempunyai persiapan mental yang kukuh, barangkali bakal berhadapan dengan kejutan yang amat dahsyat.  Jika ia kejutan yang manis, maka dia boleh tersenyum.  Tetapi, jika ia kejutan yang pahit, maka beban perasaan yang terpaksa dihadapi olehnya boleh kadang-kadang membinasakan.  Bukan itu sahaja, malah dalam banyak situasi banyak jari, mulut dan mata masyarakat mula menunjuk ke arahnya dan menghukumnya.  Sungguh malanglah rasa dirinya…

Justeru, persiapan mental dan rohani mesti kuat untuk menangani kejutan ini!

1.  Perbanyakkan Ingat ALLAH
Adalah penting pada saat ini hati dalam keadaan tenang.  Untuk mendapat hati yang tenang dan sakinah, maka perlulah diperbanyakkan diri itu mengingati ALLAH.  Firman ALLAH Ta`ala yang bermaksud:
“Ketahuilah hanya dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang”  (Surah Ar-Ra`d, 13:28)
Apabila hati tenang, insyaALLAH kita akan rasional dan redha dengan semua situasi yang menyinggahi setiap fasa kehidupan kita.

2.  Syukur Jika Keputusan Baik, Sabar Jika Tidak
Dalam menghadapi ujian kehidupan yang penuh dengan ketidaktentuan ini, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

“Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman, di mana apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur, maka demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila ia ditimpa kesusahan, ia sabar, maka yang demikian itu sangat baik baginya.” (HR Muslim)

Jika keputusan yang baik diterima, maka bersyukurlah kepada ALLAH.  Sebaliknya, jika keputusan yang diterima tidak menepati harapan, malah meleset pula, maka bersabarlah.  Dengan bersabar, insyaALLAH banyak kebaikan akan datang.

3.  Redha Dengan Keputusan Yang Diterima, Jangan Berkalau-kalau Lagi
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:
“Jika kamu tertimpa sesuatu, janganlah mengucapkan, “Seandainya/kalaulah saya berbuat begini dan begitu” tetapi katakanlah, “ALLAH telah mentaqdirkannya”, apa yang telah dikehendakiNYA pasti akan terjadi, kerana sesungguhnya kata-kata “seandainya/kalaulah” itu membuka jalan bagi Syaitan.”  (HR Muslim)

Di dalam hadith di atas, kita disuruh agar tidak berkalau-kalau apabila telah berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Dalam situasi menghadapi keputusan SPM, janganlah kita berkata, “kalaulah dulu aku belajar rajin-rajin…”, “seandainya aku baca topik ini dan itu…” dan seumpamanya.  Kerana ini akan menyebabkan kita didatangi perasaan yang sangat kacau, sedih, menyesal, gelisah dan murung.  Perasaan ini akan menatijahkan sesuatu yang lebih buruk kepada diri.  Dan Syaitan akan mula mengambil kesempatan untuk membisikkan perkara yang bukan-bukan untuk difikirkan dan dilakukan.

Sebaliknya, terimalah hakikat itu dan redholah.  Bersifat positiflah.  Kuatkan Iman bahawa semua yang terjadi adalah semuanya sudah ditentukan ALLAH dan pasti mempunyai hikmah tertentu yang disembunyikan olehNYA, yang belum dinampakkan olehNYA kepada diri kita.  Seterusnya, mulakanlah rancangan untuk memiliki masa hadapan yang lebih cerah, sejak dari sekarang.

4.  Terimalah Hakikat, Tentu Ada Hikmah Di Sebaliknya
Di dalam surah al-Baqarah, ALLAH `Azza wa Jalla telah berfirman:
“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu, dan ALLAH  jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”  (Surah Al-Baqarah, 2:216)

Belum tentu apa yang kita sangka baik untuk kita, ia baik untuk kita.  Dan belum tentu apa yang kita tidak suka itu, tidak baik untuk kita.  Hanya ALLAH lah yang tahu tentang hakikat semua kejadian yang berlaku kepada kita dan sekeliling kita.  Sudah banyak kita dapati melalui berita, ada yang telah mendapat keputusan yang sangat cemerlang di dalam peperiksaan, tetapi akhirnya terjelepuk jatuh kehinaan apabila belajar di luar negara berlesenkan keputusan tersebut.  Dan ramai juga telah kita baca kisah mereka atau kita jumpa sendiri orangnya yang berjaya dalam kehidupan mereka walaupun tidak mendapat keputusan yang cemerlang di dalam sekolah atau universiti.  Justeru, tenangkanlah hati dan perhatikan betul-betul perkataan ALLAH di atas.  InsyaALLAH, kita akan mudah redho dan tenang menghadapinya.  Pokoknya, berbaik sangkalah dengan ALLAH dan redholah dengan apa-apa yang bakal diterima nanti.

Akhir sekali, walau apapun keputusan yang keluar nanti:  Sabar, syukur dan redholah.

WAllahu Ta`ala A`lam.

Semoga bermanfaat ye adik. InsyaAllah~

Thursday, February 23, 2012

Sunday, February 12, 2012

Sunday, November 13, 2011

SPM 2011 Penentu Hala Tuju




Assalamualaikum...

Nisa' Perak berbesar hati mendedikasikan ucapan Selamat menjalani peperiksaan SPM buat  adik- adik dan semua para calon SPM 2011 di seluruh Perak... 
Buat yang terbaik untuk diri, ibu bapa, agama dan sebagainya.. 
Mudah-mudahan kejayaan anda adalah kejayaan untuk ISLAM pada masa akan datang..
Golongan yang berusia dalam perjuangan ISLAM akan pergi, maka kalianlah pengganti mereka.. Justeru, persiapkan diri kalian untuk bekerja untuk ISLAM..
Semoga Berjaya !

Sunday, November 6, 2011

Cinta Mesti Dibuktikan Dengan Pengorbanan



Muqaddimah 

         Setiap kali datangnya bulan Zulhijjah, terdapat dua ibadah yang dituntut dalam Islam. Peratamanya mengerjakan haji, kedua melakukan korban. Bercakap tentang korban, ia tidaklah dwajibkan seperti haji termaktub dalam Rukun Islam. Binatang ternakan akan dikorbankan sebagai satu amalan "sunat muakkad" yang dituntut kepada mereka yang berkemampuan. Sunnah korban yang dilakukan sebagai mengimbau kembali peristiwa yang berlaku kepada nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S.

                Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walalupun nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya nabi Ismail AS. Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada Allah SWT seperti dalam surah al-Saaffat 37: 107 “ Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembelihan yang besar”.  Setelah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibahim A.S dan Nabi Ismail A.S. maka Allah SWT melarang menyembelih Nabi Ismail A.S. Untuk meneruskan korban , Allah  menggantikannya dengan seekor sembelihan  (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik.

               Daripada sini kita memahami bahawa pensyariatan qurban ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT tanpa apa-apa keraguan. Walaupun Allah SWT ,memerintahkan nabi Ibahim menyembelihkan anaknya, maka lantas ia melakukan tanpa apa-apa  keraguan untuk melaksanakannya. Justeru itu apabila kita mengingatkan peristiwa qurban bukan hanya berbangga dengan berberapa ekor binatang yang disembelih, tetapi lebih kepada pengahayatan semula terhadap konsep korban yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail A.S.

               Jika sekiranya Nabi Ibrahim AS menyembelih anaknya kerana arahan Allah SWT, maka kita sebagai pengikut agama tauhid seperti yang diajar oleh Nabi Ibrahim AS maka menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati falsafah korban dalam konteks perjuangan Pas untuk menegakkan Islam dan keadilan sejagat.  Justeru itu dalam konteks perjuangan ia tidak boleh memakai kaedah logik dan akal semata-mata, tetapi ia mesti berpandukan kepada wahyu Allah SWT. Sembelih anak ini bukan perkara logik, tetapi nabi Allah Ibrahim A.S melaksanakan kerana ini arahan Allah SWT. Justeru itu renungan kita sebagai pejuang, di mana Allah SWT tidak memerintahkan kita menyembelihkan anak, tetapi hanya untuk berkorban apa sahaja untuk Islam dan demi kelangsungan perjuangan agama Allah SWT.



Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Kerana Islam tidak akan menang kalau tidak ada pengorbanan di kalangan para Rasul dan Nabi-Nabi A.S. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah SWT.


Sabda Rasulullah SAW, Bermaksud
“Orang yang paling dahsyat menerima ujian adalah para nabi, kemudian orang yang seumpamanya”


Dalam konteks kedatangan Islam di negara kita, Islam sampai melalui pengorbanan yang dilalui oleh mereka yang terdahulu mengharungi lautan dan ombak badai yang memukul perjalanan mereka. Kerana Islamlah, mereka sanggup bekorban apa sahaja.


Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Yang Sedia Bekorban Untuk Islam. 
  • Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar atau yang kecil kerana ini merupakan penghalang besar untuk menjadi pejuang.
  • Memberikan perhatian mengenai sunnah perjuangan Islam adalah payah. Bukan di hampari dengan permaidani merah.
  • Bersedia untuk berhadapan dengan halangan
  • Sentiasa mendampingi orang soleh dan berjiwa besar
  • Sentiasa mengkaji dan merujuk buku-buku sirah
  •  Sentiasa mengingati mati dan siksa kubur
  • Sentiasa mengingati syurga dan neraka ini adalah balasan terakhir manusia
  • Melakukan muhasabah keatas diri dan mengkaji setiap masa
  • Keinginan diri sendiri untuk mempertingkatkan kerja dakwah. Mesti merasakan kita boleh seperti orang lain boleh.
  • Merasa diri bersalah dengan Allah apabila melihat kemungkaran dan kezaliman bermaharajalela.


Kesimpulan

       Konsep pengorbanan perlu dihayati oleh setiap  muslim khususnya para dai'e yang mengaku berjuang di jalan Allah. Walaupun bulan korban sudah hendak meninggalkan kita, semoga keberkesanan akan dapat dilihat dalam diri, keluarga & ummah apabila kita benar-benar menghayati falsafah korban.


Akhir kalam, kami dari seluruh pimpinan Nisa' Perak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua ahli dan sahabat-sahabat Nisa' Perak. Semoga kita mengambil pengajaran di sebalik erti pengorbanan dan menghayatinya dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.





~ Nukilan oleh Ustaz Haji Idris bin Haji Ahmad ~
Disunting dari dari blog : u-jam.blogspot.com ~


Friday, October 28, 2011

BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT)

O

Assalamualaikum!!

Semua Ahli Nisa' Perak dijemput hadir Ke BENGKEL TRAINING OF TRAINERS anjuran Unit Kebajikan & Kaunseling Nisa' Perak yang akan diadakan pada
 12 Nov (Sabtu) pada jam 8.30pg-4ptg. Di Dewan Seruan Islam, Ipoh. 
SETIAP NISA KAWASAN DIMINTA MENGHANTAR 5 WAKIL(Lebih ramai lagi baik). 
Yuran hanya RM5(kos makan). 

Penceramah Jemputan Khas bakal mengisi Slot-slot yang pasti meningkatkan keyakinan anda untuk berhujjah! JOM HADIR BERAMAI-RAMAI !! 

Untuk maklumat lanjut, hubungi Ketua Unit Kebajikan & Kaunseling Nisa'Perak di talian 014-8676480 . Terima Kasih.